Pada tahun 3500 S.M rekod perakaunan yang paling
awal telah ditemui di Babylonia di mana terdapat beberapa kepingan tanah liat (clay
tablets) di gunakan untuk menyimpan rekod. Kaedah penyimpanan rekod seterusnya
diperbaiki dengan penemuan kertas (papyrus) dan (calamus) di
Mesir pada tahun 400 S.M. Pada abad ke-5 dan ke-6 S.M., urusniaga direkod
berasaskan wang. Sistem penyimpanan rekod di perkembangkan apabila
sistem angka Roman diganti dengan sistem angka Hindu-Arab pada tahun 850 S.M.
PERMULAAN CATATAN
BERGU
- Sistem catatan bergu dipercayai bermula di Itali pada
abad ke-14 selaras dengan perkembangan perdagangan.
- Pada tahun 1494, Luca Pacioli, seorang
ahli matematik dan rahib Francisca berbangsa Itali, telah menerbitkan buku
matematik beliau berjudul Summa
de Arithmetica geometrica Propotionalita di Vanice. Dalam
buku itu terkandung satu bahagian penting tentang sistem simpan kira
secara catatan bergu. Buku ini merupakan buku perakaunan pertama yang
pernah diterbitkan.
- Simpan kira yang berasaskan catatan bergu dikenali
sebagai Kaedah Vanice.
- Sejak pengenalan catatan bergu, sistem ini merupakan
asas rekod perakaunan bagi semua bentuk organisasi dan saiz perniagaan
sehinggalah ke hari ini. Luca Pacioli merupakan perintis dalam bidang
perakaunan dan digelar 'Bapa Perakaunan'.
PERKEMBANGAN SISTEM
PERAKAUNAN
- Pada pertengahan abad ke-18, revolusi perindustrian di
England memperkembangkan perdagangan dan memajukan simpan kira.
- Permintaan yang meningkat menggalakkan pengeluaran
secara besar-besaran di kilang. Perakaunan kos dibentuk
untuk menganalisis pelbagai kos yang terlibat dalam pengeluaran secara
besar-besaran.
- Kemajuan dalam bidang simpan kira diperkembangkan
dengan pembentukan syarikat. Pihak pengurusan syarikat perlu membentangkan
laporan perakaunan kepada pemegang saham yang merupakan pemilik syarikat.
Laporan perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan Tahunan perlu disediakan
berdasarkan piawaian perakaunan yang minimum. Dengan ini, wujudlah perakaunan
kewangan.
- Pada abad ke-20, perkembangan pesat dalam organisasi
perniagaan mewujudkan perakaunan pengurusan. Maklumat-maklumat
perakaunan digunakan oleh pihak pengurusan untuk membuat keputusan
perniagaan dan mengurus perniagaannya dengan lebih cekap.
- Sejak tahun 1990, bidang perakaunan telah mencapai
taraf profesional. Badan Perakaunan Profesional ditubuhkan
untuk menentukan taraf minimum bagi kelayakan profesional dan membentuk kod
etika profesional perakaunan serta memastikan kod ini dipatuhi
oleh semua akauntan.
- Di Malaysia, Malaysian Institute of Accountants (MIA)
mengawal dan memperkenalkan profesion perakaunan dan bertindak sebagai
pendaftar akauntan.
- Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian
Institute of Certified Public Accountants - MICPA) bertujuan untuk
memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan
peperiksaan.
PENGENALAN KEPADA MASB (Malaysian
Accounting Standard Board)
- Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia atau Malaysian
Accounting Standard Board (MASB) telah ditubuhkan pada tahun 1997
di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1977.
- Tujuan utama MASB ditubuhkan adalah untuk menyemak dan
memperbaiki piawaian perakaunan yang sedia ada dan memastikan bahawa
penyediaan laporan kewangan mengikut amalan-amalan perakaunan piawai yang
diakui dan diluluskan oleh MASB sendiri.
- MASB melaksanakan tugas sebagai penasihat awam.
- Selain itu, MASB bertanggungjawab
menentukan kehendak-kehendak minimum dan garis panduan untuk penyediaan
laporan kewangan di Malaysia.
Buduu punya org susah kn org lain saja ingat apa kau saja yg snng, kmi yg susah dunia akhir zaman kau tu awal zaman mmng lha snng. Penat aku cari nda balance diri tdi bedosa kau msuk neraka susah kn kmi......
BalasPadamSurah al Baqarah, ayat 282:
BalasPadam"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
:)