Satu sistem merekod semua urusniaga perniagaan
yang melibatkan wang dengan tepat dan sistematik berdasarkan sistem catatan
bergu.
Perakaunan
Satu proses penyediaan maklumat tentang kedudukan kewangan dan hasil kendalian sesebuah entiti untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan. Proses dalam perakaunan melibatkan aktiviti mengenalpasti, mengukur, merekod, mengklasifikasi, meringkas, mengumpul, melaporkan dan menganalisis bertujuan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan.
Pengguna-pengguna maklumat kewangan
Pengguna dalaman iaitu pemilik perniaagan dan pihak pengurusan perniagaan.
Pengguna luaran iaitu pemiutang, pihak peminjam, bakal pelabur, kerajaan (Jabatan Hasil Dalam Negeri) dan pihak bank.
Perakaunan
Satu proses penyediaan maklumat tentang kedudukan kewangan dan hasil kendalian sesebuah entiti untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan. Proses dalam perakaunan melibatkan aktiviti mengenalpasti, mengukur, merekod, mengklasifikasi, meringkas, mengumpul, melaporkan dan menganalisis bertujuan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan.
Pengguna-pengguna maklumat kewangan
Pengguna dalaman iaitu pemilik perniaagan dan pihak pengurusan perniagaan.
Pengguna luaran iaitu pemiutang, pihak peminjam, bakal pelabur, kerajaan (Jabatan Hasil Dalam Negeri) dan pihak bank.
Konsep
dan Prinsip Perakaunan.
- Entiti berasingan
- Setiap perniagaan hendaklah diakaunkan secara berasingan dan terpisah dari pemiliknya dan dari entity-entiti yang lain.
- Modal yang dilabur oleh pemilik ke dalam perniagaanya dianggap sebagai pinjaman pemilik kepada perniagaannya. Oleh itu, pemilik dianggap sebagai pemiutang pemiutang kepada perniagaan.
- Badan Berterusan
- Sesebuah perniagaan akan terus beroperasi pada masa-masa akan datang, dan tidak mempunyai rancangan untuk dibubarkan.
- Perniagaan tidak perlu melaporkan aset pada nilai pembubarannya kerana perniagaan dijangka tidak akan dibubarkan dalam jangka pendek.
- Perniagaan di anggap mempunyai hayat yang berterusan.
- Wang sebagai unit ukuran
- Semua keputusan kewangan sesebuah entiti akan diukur dalam unit kewangan. Nilai ringgit dan sen diandaikan sentiasa dalam keadaan yang stabil.
- Ketekalan
- Penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan boleh dibandingkan antara satu tempoh dengan satu tempoh yang lain.
- Selain itu, kaedah merekod perakaunan yang sama mesti diamalkan untuk mengelakkan kekeliruan atau pemesongan dalam laporan kewangan.
- Tempoh perakaunan
- Aktiviti perniagaan boleh dibahagikan kepada tempoh-tempoh tertentu contohnya seperti sebulan, suku tahun atau setahun. Andaian ini membolehkan pengguna-pengguna penyata kewangan mengetahui prestasi operasi perniagaan dan kedudukan kewangan perniagaan sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Tempoh perakaunan sesuatu perniagaan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaannya.
- Kos sejarah
- Merekod semua unsur dalam penyata kewangan pada nilai kos.
- Urusniaga belian aset direkod berdasarkan kos belian pada tarikh belian tersebut walaupun nilai pasaran atau nilai semasa aset telah berubah.
- Konsep ini diaplikasikan semasa merekod aset, liability dan ekuiti pemilik dalam penyata kedudukan kewangan.
- Catatan bergu
- Satu sistem merekod setiap urusniaga dalam dua akaun yang berasingan di sebelah yang bertentangan. Satu akaun didebitkan dan satu lagi akaun dikreditkan dengan amaun yang sama.
- Sistem ini dapat menentukan ketepatan proses merekod dengan meyediakan satu Imbangan Duga dari semasa ke semasa.
Kekangan-kekangan
Perakaunan.
- Kekangan konservatif iaitu megelak daripada terlebih nyatakan aset dan liability dan mengurangkan perbelanjaan.
- Kekangan kematerialan iaitu kepentingan sesuatu item yang direkod mempengaruhi laporan kewangan. Item-item yang tidak material akan dilaporkan pada akaun berasingan. Kebiasaannya item-item yang mempunyai nilai yang kecil akan di rekod dalam akaun belanja, bukan akaun aset.
- Kekangan Faedah-kos merujuk kepada kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi daripada nilai maklumat tersebut kepada pengguna-pengguna penyata kewangan.
0 ulasan:
Catat Ulasan