1.
Kos pengeluaran dibahagi kepada 2 komponen iaitu kos tetap dan kos
berubah.
2.
Kos tetap ialah kos yang tidak berubah mengikut nilai pengeluaran.
Contoh : sewa kilang, gaji pengurus dan insurans kilang.
3.
Kos berubah ialah kos yang berubah-ubah mengikut nilai
pengeluaran.
Contoh : kos bahan mentah dan kos pekerja kilang.
4. Dalam penyediaan Akaun Kos Pengeluaran, kos pengeluaran terdiri
daripada gabungan kos bahan mentah, kos buruh langsung, belanja langsung, kos
overhed dan kerja dalam proses.
5. Kos buruh langsung ialah kos kepada pekerja yang terlibat secara
langsung dalam proses pengeluaran. Contoh : operator mesin dan pekerja
pembungkusan.
6. Belanja langsung ialah kos yang melibatkan pembayaran seperti
royalti, paten dan reka bentuk produk.
7.
Kos prima = Kos bahan mentah +Kos buruh langsung + belanja
langsung
8.
Kos overhed ialah kos yang tidak terlibat secara langsung dalam
proses pengeluaran.
Contoh : Sewa kilang, gaji pengurus kilang dan susut nilai
mesin.
9.
Kerja dalam proses ialah barangan yang belum siap diproses.
10. JUMLAH
KOS PENGELUARAN= Kos prima + kos overhed
0 ulasan:
Catat Ulasan