Motivasi diri

Jumaat, 25 September 2015

Aset, Liabiliti, dan Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja

 Pengertian dan Pengkelasan


  1. Aset
  • Aset merupakan harta benda yang dimiliki oleh perniagaan.
  • Terbahagi kepada dua bahagian iaitu aset semasa dan aset bukan semasa.
  • Aset semasa ialah harta perniagaan yang mudah ditukarkan kepada tunai dalam tempoh yang singkat. Contohnya  bank/tunai, stok, penghutang.
  • Aset bukan semasa pula ialah harta perniagaan tahan lama yang digunakan untuk satu jangkmasa yang panjang. Contohnya tanah, bangunan, mesin, alatan pejabat, lekapan/lengkapan dan kenderaan. 
      
      2. Liabiliti
  • Liabiliti merupakan hutang perniagaan yang perlu dijelaskan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa.
  • Liabiliti semasa ialah hutang yang boleh dijelaskan dalam masa pendek. Contohnya pemiutang, overdraf bank dan lain-lain.
  • Liabiliti bukan semasa pula ialah hutang yang dijelaskan dalam jangkamasa yang panjang. Contohnya pinjaman bank,gadai janji, debentur dan sebagainya.

     3.  Ekuiti Pemilik
  • Ekuiti pemilik merupakan pelaburan pemilik dalam perniagaan.
  • Keuntungan atau kerugian daripada kegiatan perniagaan
  • Contohnya modal.

     4. Belanja
  • Belanja merupakan kos perkhidmatan/barang yang dibayar.
  • Terbahagi kepada dua iaitu belanja kendalian dan belanja bukan kendalian.
  • Belanja kendalian ialah belanja secara langsung dengan pengendalian harian perniagaan.
  • Contohya gaji, insurans, belian, alat tulis, ambilan, pengiklanan, diskaun diberi, sewa, kadar bayaran, belanja runcit, belanja am, belanja pos, komisen dibayar dan lain-lain.
  • Belanja bukan kendalian pula ialah belanja yang tidak berkaitan dengan pengendalian harian perniagaan.
  • Contohnya faedah pinjaman, kerugian akibat kebakaran, rugi atas pelupusan aset bukan semasa dan sebagainya.

     5. Hasil
  • Hasil merupakan wang yang diterima.
  • Terbahagi kepada dua iaitu hasil kendalian dan hasil bukan kendalian.
  • Hasil kendalian ialah hasil yang diperoleh daripada aktiviti jualan barang niaga. Contohnya jualan.
  • Hasil bukan kendalian pula ialah hasil yang diperoleh daripada aktiviti lain.
  • Contohnya komisen diterima, divien diterima, diskaun diterima,faedah simpanan tetap, dan sewa diterima.

PERSAMAAN PERAKAUNAN

ASET=LIABILITI+EKUITI PEMILIK
ASET=LIABILITI+(MODAL+HASIL-BELANJA)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll