Motivasi diri

Sabtu, 26 September 2015

Kepentingan Perakaunan Kos

Terdapat 4 kepentingan perakaunan kos yang utama:
        
1.      Sebagai kawalan kos

  • Kawalan penting kepada  pihak pengurusan untuk menentukan operasi jabatan, proses dan kos dalam keadaan terkawal.
  • Dengan adanya kawalan, ia membolehkan setiap bahagian dalam organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif syarikat yang telah ditetapkan.
  • Data-data yang diperolehi dari perakaunan kos boleh digunakan untuk mendedahkan segala pembaziran dan kerugian yang telah berlaku disebabkan oleh kurang kecekapan supaya tindakan yang cepat dapat diambil. 

2.       Untuk membuat keputusan.

  • Maklumat kos yang dipersembahkan dengan betul dan tepat amat berguna kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan  yang boleh memberi kesan terhadap prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan sama ada dalam jangka masa pendek atau pun panjang.
  • Contohnya perakaunan kos membolehkan pihak pengurusan menentukan kos pelbagai kerja dan proses , ia juga dapat menentukan pelbagai kerugian dan pembaziran sebelum kerja disiapkan, dengan ini keputusan yang cepat dapat diambil untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar berlaku.

3       Untuk membuat perancangan.

  •  Dengan menganalisis maklumat dan aktiviti kos yang lepas serta membandingkan dengan maklumat kos yang terkini ia akan membantu di dalam membuat perancangan yang lebih baik seterusnya dapat mempertingkatkan perfoman pada masa hadapan.
  • Perakaunan kos dapat menyampaikan maklumat-maklumat untuk membolehkan sesuatu perniagaan merancang aktivitinya untuk mencapai sesuatu objektif, seperti mempertingkatkan untung atau memperkukuhkan kedudukan kewangannya.     
  • Contohnya perakaunan kos menyediakan analisis terhadap ketidak cekapan yang telah berlaku dalam pebagai bentuk seperti pembaziran bahan mentah, masa, perbelanjaan, kegunaan mesin, alatan  dan pelbagai lagi, dengan ini pihak pengurusan dapat membuat perancangan yang lebih rapi untuk mengurangkan ketidak cekapan ini di masa hadapan.

4.      Penentuan anggaran harga.

  • Dalam penentuan harga faktor kos merupakan faktor yang penting di samping beberapa faktor yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-lain.
  • Data-data kos dari perakaunan kos  membolehkan kos sesuatu item dikira untuk tujuan menetapkan harga sebelum item tersebut dijual.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll