Motivasi diri

Sabtu, 26 September 2015

Perakaunan Kos vs Perakaunan Kewangan

Perakaunan kos dan perakaunan kewangan merupakan suatu bidang yang berbeza,  perbezaan ini boleh dilihat daripada pelbagai sudut seperti yang diterangkan dari jadual 1.



PERAKAUNAN KOS
PERAKAUNAN KEWANGAN

1. DEFINISI

Perakaunan kos adalah proses menyediakan kos yang dibelanjawankan dan piawai serta kos sebenar bagi operasi, proses, jabatan atau keluaran serta analisis varian.

Perakaunan kewangan adalah proses mengumpul, mengelas, merekod dan mengintepretasi urusniaga mengikut standard yang telah ditetapkan.
2. PENGGUNA
Untuk pengguna dalaman
Contoh: iaitu pihak pengurusan dalaman.
Untuk pengguna dalam dan luaran.
Contoh:  Pemegang saham, bakal pelabur, pihak pengurusan dalaman, pemiutang dan pihak berkuasa.
3. PRINSIP
Tidak ditetapkan apa-apa prinsip yang khusus.
Tertakluk kepada prinsip yang diterima umum(GAAPs)
Contoh; IAS, MASB dan tertakluk kepada akta syarikat 1965.
4.  UNIT  PENGUKURAN









Selain daripada nilai wang sebagai alat pengukuran perakaunan kos juga menggunakan unit pengukuran dalam jam buruh, jam mesin dan unit keluaran untuk tujuan analisa dan pembuatan keputusan.

Semua maklumat berkaitan perakaunan kewangan adalah dalam ukuran nilai wang.
5.  MASA YANG DIGUNAKAN
Laporan perakauan kos disediakan apabila perlu.
Contoh; mungkin setiap hari, mingguan, bulanan dan lain-lain.
Penyata perakaunan kewangan disediakan mengikut masa yang telah ditetapkan biasanya setahun sekali dan mengikut jangka masa yang sama setiap tahun.
Contoh; mungkin setahun sekali, setengah tahun dan lain-lain.
6.  PENUMPUAN    
     MASA
Tumpuan lebih kepada masa hadapan.
Contoh:  Menggunakan maklumat lepas untuk membuat keputusan, mengawal dan merancang untuk masa hadapan.
Tumpuan lebih kepada masa lepas.
Contoh:  Mencatatkan urusniaga yang telah berlaku di dalam rekod perakaunan.
7.  PENUMPUAN
     KEPADA
     BAHAGIAN.
Penumpuan kepada bahagian tertentu di dalam sesuatu organisasi.
Contohnya:  Bahagian pengeluaran.
Penumpuan kepada keseluruhan organisasi.
8.  TANGGUNG-
      JAWAP
Menyediakan ramalan kewangan, belanjawan, analisis varian, maklumat kewangan dan pengkosan, penentuan harga yang mana ia menyumbangkan maklumat untuk proses pembuatan keputusan, perancangan dan kawalan.
Menyediakan akaun – akaun dan penyata kewangan untuk dilaporkan kepada pemilik dan kepada pihak tertentu untuk maklumat terhadap kedudukan kewangan organisasi.

Jadual 1:  Perbezaan perakaunan kos dengan perakaunan kewangan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll