Motivasi diri

Sabtu, 26 September 2015

Management Accounting





Management accounting or managerial accounting gives accounting information to managers within organizations, to provide them with the basis to make informed business decisions that will allow them to be better equipped in their management and control functions.
In contrast to financial accountancy information, management accounting information is:
  • primarily forward-looking, instead of historical;
  • computed by reference to the needs of managers, often using management information systems, instead of by reference to general financial accounting standards.
  • designed and intended for use by managers within the organization, instead of being intended for use by shareholders, creditors, and public regulators;
  • model based with a degree of abstraction to support decision making generically, instead of case based;
  • usually confidential and used by management, instead of publicly reported;


Definition

The Institute of Management Accountants (IMA) recently updated its definition as follows: "management accounting is a profession that involves partnering in management decision making, devising planning and performance management systems,and providing expertise in financial reporting and control to assist management in the formulation and implementation of an organization’s strategy".

The American Institute of Certified Public Accountants (AICPA) states that management accounting as practice extends to the following three areas:
  • Strategic Management—Advancing the role of the management accountant as a strategic partner in the organization.
  • Performance Management—Developing the practice of business decision-making and managing the performance of the organization.
  • Risk Management—Contributing to frameworks and practices for identifying, measuring, managing and reporting risks to the achievement of the objectives of the organization.
The Institute of Certified Management Accountants (ICMA), states "A management accountant applies his or her professional knowledge and skill in the preparation and presentation of financial and other decision oriented information in such a way as to assist management in the formulation of policies and in the planning and control of the operation of the undertaking". Management Accountants therefore are seen as the "value-creators" amongst the accountants. They are much more interested in forward looking and taking decisions that will affect the future of the organization, than in the historical recording and compliance (score keeping) aspects of the profession. Management accounting knowledge and experience can therefore be obtained from varied fields and functions within an organization, such as information management, treasury, efficiency auditing, marketing, valuation, pricing, logistics, etc.

MAnagement Accounting Tasks / Service Provided

Listed below are the primary tasks/ services performed by management accountants. The degree of complexity relative to these activities are dependent on the experience level and abilities of any one individual.

Tips Motivasi Diri

Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.
Persoalannya disini, bagaimana cara untuk memotivasikan diri. Terdapat beberapa tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.



  • Tahu Hala tuju

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tidak bersemangat untuk meneruskan perjalanan, ingat semula tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.

  • Tetapkan Impian atau Matlamat.

Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.  Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.

  • Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

  • Tetapkan Haluan Sendiri

Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini.

  • Berani Meneruskan Perjalanan

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

  • Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.

8 Things Successful People Do

Tiada kejayaan dapat dicapai tanpa usaha. Orang berjaya mempunyai beberapa tabiat yang membuat mereka berbeza daripada orang lain. Tabiat efektif ini lama-kelamaan yang membuatkan mereka berbeza. Tabiat ini adalah antara tabiat yang dikenalpasti yang ada pada hampir semua orang yang berjaya. Mahu tidak mahu, jika anda ingin berjaya, tabiat ini perlu anda bina mulai sekarang.

8 Tabiat dan Perkara Yang Dibuat Oleh Orang Berjaya

tips orang berjaya 8 Perkara dan Tabiat Orang Berjaya
1. Satu pilihan dan tujuan
Mereka tidak mempunyai plan alternatif. Mereka hanya mempunyai satu sahaja jalan, iaitu “kejayaan”. Kegagalan bukanlah pilihan yang ada. Ini menyebabkan mereka terpaksa berusaha dan mencari dan memikir idea lain jika kejayaan masih tidak ditemui. Contohnya, apabila mereka membuat keputusan untuk berhenti kerja, mereka akan memastikan pilihan yang dibuat itu tepat. Berusaha memastikan perniagaan yang dibuat berjaya, Tiada istilah untuk kembali semula kepada pekerjaan lama. Cuma hanya satu sahaja halatuju yang ingin dicapai iaitu menuju kejayaan tanpa pandang ke belakang.
2. Gigih berusaha
Tiada jalan mudah untuk berjaya. Untuk berjaya seorang itu perlulah sanggup untuk bekerja keras. Berdasarkan buku yang ditulis oleh Malcolm Gladwell dalam Outliers, untuk menjadi seorang pakar, seseorang itu mestilah sanggup menjalani hukum 10,000 jam. Tidak kira apa bidang pun, latihan selama ini penting untuk membuat seseorang itu cekap dan mahir.
3. Bekerja lebih lama
Tidak dinafikan, usahawan dan jutawan yang berjaya hari ini adalah mereka yang sanggup bekerja keras dan lebih lama daripada orang lain. Kejayaan = fokus + kerja kuat. Pernah anda jumpa orang berjaya yang hanya tahu duduk ‘rileks’ sebelum mereka berjaya? Mereka memang ‘rileks’, tetapi selepas mereka mencapai objektif yang ditetapkan.
4. Tidak terikut dengan majoriti
Orang berjaya tidak mudah terpengaruh dengan majoriti. Majoriti akan menyebabkan mereka tersekat dan tidak keluar daripada zon selesa diri sendiri. Orang berjaya mempunyai tabiat untuk memulakan sesuatu. Kalau anda perhatikan beberapa siri kejayaan hari ini, hadiah yang besar diberikan kepada mereka yang unik, dan bukannya kepada mereka yang suka mengikut.
5. Mula dengan akhir, dan berimpian tinggi!
Mereka yang berjaya mempunyai gambaran akhir impian tersebut terjadi. Mereka memulakan sesuatu projek dengan berimaginasi hasil akhir. Contohnya, mereka tahu apa gambaran terakhir yang menandakan mereka telah berjaya mencapai impian mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai matlamat yang tinggi.
Shoot for the moon even if you miss you’ll land among the stars
6. Tidak berhenti
Apabila sudah sampai ke penghujung detisnasi, mereka tidak berhenti. Orang berjaya akan terus meneruskan usaha mereka dengan mempunyai matlamat baru yang lebih tinggi. Kejayaan bagi mereka bukanlah destinasi, tetapi lebih kepada proses untuk mencapai destinasi tersebut.
7.  Lakukan jualan
Tidak kira apa pun, untuk berjaya anda mesti pandai menjual dan menjual itu tidak semestinya pada benda. Anda boleh sahaja pandai menjual bagimana membawa diri apabila berada dalam sesuatu tempat atau organisasi. Ianya bukan tentang manipulasi, tetapi lebih kepada bagaimana untuk memahami situasi yang menghasilkan menang-menang.
8. Tidak riak atau sombong
Mereka juga tidak riak dengan kejayaan diri. Kalau kita perhatikan, rata-rata mereka biasa dan merendah diri sahaja apabila bercakap. Mereka tahu bahawa kejayaan yang dicapai hari ini bukannya datang daripada usaha mereka seorang sahaja.
Semoga 8 tabiat orang berjaya ini dapat kita amalkan.  
 

Blogger news

Blogroll